counter

Ahad, 16 Ogos 2015

Mengingati Allah S.W.T Menenagkan Hati

                  وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ 
                                                             205.  وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
                                       إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ  
                                                                     .206 وَلَهُ يَسْجُدُونَ


(Surah Al-A'raf ayat 205-206)

Maksudnya:Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya lah mereka bersujud.


Zikir dari segi bahasa bermaksud:Ingat

Zikir dari segi Istilah bermaksud:Mengigati Allah S.W.T sama ada dengan hati,lidah dan perbuatan.

Antara Jenis jenis zikir ialah.

Basmalah
بسم ألله الرحمن الرحيم
Tasbih
سبحان الله
Tahmid
الحمد لله
Takbir
الله اكبر
Tahlil
لأ اله الا الله
Istighfar
استغفر الله العظيم
Hauqalah
ولا حول ولا قوة الا با لله

Adab adab berzikir
  • Dilakukan dengan Ikhlas kerana Allah
  • Menggunakan suara yang sederhana
  • Dilakukan dengan penuh khusyuk
  • Merendah diri kepada Allah
  • Menyebut kalimah zikir dengan betul dan memahami maksudny


Peranan Zikir
  • Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
  • Dapat melembutkan hati
  • Dapat membentuk disiplin diri
  • Dapat melindungi diri daripada perkara maksiat
  • Mendorong melakukan perkara kebaikan


Faktor yang melalaikan manusia berzikir
  1. Leka dengan hiburan yang melalaikan
  2. Sombong dengan kelebihan yang dimiliki
  3. Terlalu sibuk dengan urusan hidup untuk mengejar kemewahan dunia
  4. Mengabaikan perkara perkara agama dalam kehidupan
  5. Terpengaruh dengan keseronokan hidup didunia
  6. Berdakwah dengan mereka yang tidak melakukan perintah Allah
Perbezaan antara ibadah manusia dengan ibadah malaikat

Manusia
Malaikat
bertambah dan berkurang berdasarkan amalan
tidak bertambah dan berkurang
konsenterasi manusia dalam beribadah mengikut tahap iman seseorang
konsenterasi Malaikat dalam ibadah adalah tetap dan tidak berubah
sebagai tanda ketaatan dan ujian Allah
sebagai tanda ketaatan dan kebesaran Allah
Langkah langkah mendekatkan diri kepada Allah
  • Menunaikan solat fardhu dengan sempurna
  • Memperbanyakkan ibadah sunat
  • Mendampingi orang soleh
  • Menghadiri majlis majlis ilmu
  • Melazimkan diri dengan berzikir kepada Allah
  • Mengkaji dan menyelidik kejadian ciptaan Allah

Pengajaran Ayat
  • Kita hendaklah mengingati Allah 
  • Kita hendaklah berdisiplin dan memelihara adab adab ketika berzikir
  • Jiwa orang yang mengingati Allah akan sentiasa tenang dan tenteram
  • Kita hendaklah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Animated Dragonica Star Glove Pointer