Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Bersyukur kepada Allah kerana kita dapat bertemu lagi di entry blog kali ini..saya x jadi lah nk tulis entri psl #KosongKosong macam yang saya katakan di entri tempoh hari..
Entri kali ni saya nak tulis pasal..Tangis sebatang Tamar...Saya gerenti lah..korang pernah dengar pasal lagu Tangis sebatang Tamar..nyanyian Daqmie...sedapkan lagu tu??Ok saya nak cerita lah sikit pasal Tangis sebatang tamar ni..
Lagu kat atas tu..memang kisah benar...bukan rekaan semata mata...Yaa..lagu tu lagu betull...bukan Cobaan...
Kisah ni berlaku betul masa zaman Rasulullah S.A.W kira kira 1000 tahun lepas.Terdapat hadis yang menyatakan tentang peristiwa tersebut.
"Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadis Bukhari bahawa :"Nabi Muhammad saw selalu bersandar pada sebatang pohon tamar ketika menyampaikan khutubah Jumaat."
Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra mencadangkan supaya dibina mimbar yang baru. Cadangan itu diterima Rasullulah saw .
Lalu sebuah mimbar yang membabitkan 3 anak tangga dibangunkan. Ketika Rasullulah saw duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil . Ada juga mengatakan bunyinya seakan-akan seekor unta merengek.Rasullulah saw mendekati pelepah tamar dan bertanya kenapa ia menangis.
Pelepah tamar itu mengatakan ia menangis kerana tidak lagi digunakan untuk mengingati Allah swt.Rasullulah saw menyuruh pelepah tamar itu dikapankan dan memujuknya dengan mengatakan ia akan dibangkitkan di dalam syurga."
Wowowo..mana mugkin Sepohon Tamar boleh bercakap...
Mana mungkin seyh!
EE...tak logik laa...
Eleh..menipu je lebih hang!
Hahahaha aku just senaraikan je persoalan yang mungkin dalam otak korang ><
Ye..mungkin juga korang fikir..mana mungkin laa...pokok menangis manusia blh dengar...
Tapi itulah indahnya Islam..
Kadang kadang ada peristiwa yang kita tak pernah terfikir langsung boleh berlaku..
Tapi kita sebagai umat Islam..perlu mempercayai peristiwa tersebut...walaupun tak capai dek akal..
Jadi...Konklusinya ialah Pokok Tamar yang tak ade akal pon boleh menangis sbb memahami kelebihan Nabi Muhammad
Menagapa kita tidak?Sedangkan kita dikurniakan Otak..dan Akal..
Jadi kawan kawan...renung renungkan lah ye...
#ZueTecik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan