counter

Rabu, 3 Jun 2015

Adikku Kuli Tetapku??!!

      Kuli??Mestilah Adik Aku..Adik??eee...gelilah nak panggil adik..setakat lahir beza seminit je..buat ape nak panggil adik..dan dia tak layak jadi adik aku!Budak perempuan nerd!Langsung tak macam aku..aku handsome..kenapalah aku ditakdirkan ada kembar macam dia eh??Malangnya nasib aku!Dan kerana itu aku jadikannya sebagai Kuli Aku!.

     Zuliekha tergesa-gesa pergi ke bilik aku apabila mendengar suara jeritan aku."Err ye bang kenapa panggil zue?"Katanya sambil membetulkan kaca mata besarnya yang sudah mengelongsor sedikit daripada hidungnya.

    "Berapa kali aku nak cakap..jangan panggil aku abang!Panggil aku Naim je!"Tengking Aku.Zuliekha hanya tunduk apabila ditengking oleh aku.

   "Aku nak kau pergi buat air untuk aku!!Aku tahu seminit dah siap..kalau tak nahas kau!"Dengar arahan itu Zuliekha berlari bagaikan lipas kudung ke dapur.Aku hanya tergelak melihat dia gelabah begitu.Hai!Seronoknya dapat buli adik!

   Aku sudah mendengar tapak kaki Zuliekha melangkah ke bilik aku."Kau lambat 30 saat!"Zuliekha meletakkan air di atas meja belajar lalu berdiri bagaikan tiang bendera di hadapan aku.

   "Aku nak alasan kenapa kau lambat?"Aku meninggikan suara.

     "A..adik cari gula tak jumpa..s..sorry abg"Jawab Zuliekha dengan tergagap-gagap.

      "Sejak bila kau gagap pulak ni??Ahh!!Alasan..tak kanlah rumah sendiri pun cari gula tak jumpa!"Aku mula berdiri di hadapan Zuliekha.Zuliekha hanya tunduk kerana takut dengan aku.

     "Sebagai denda sebab kau lambat 30 saat esok aku nak kau bagi duit belanja yang Baba bagi kat kau dekat aku faham!"Aku membuat muka sirius.

     "H..habis kalau abang amik duit adik...adik nak makan apa esok bang?"Soal Zuliekha dengan nada takut.

    "Ehhh....kau ingat aku kisah ke kau makan ke tak makan ke esok?!Pandai pandai kau lah nak hidup!..menyusahkan orang tak habis!Dah lah blah dari bilik aku..semak lah aku tengok muka kau kat sini!"Zuliekha hanya menangguk tanda faham.Heh!Aku nampak semasa dia keluar tadi matanya sudah berkaca.Ingat aku kesah dia nak menangis ke?dia nak merajuk ke?Lantak dia lah!
...................................................................................................................................................................
   Zuliekha masuk ke dalam bilik lalu memeluk Teddy bear kesayangannya.Zuliekha berbicara seorang diri dalam keadaan menangis.

   "Apalah salah aku sampai abang aku benci aku sampai tahap macam ni..dia layan aku macam sampah!Dia ingat aku tak de perasaan ke ape..aku pun ada perasaan lah..Kenapalah aku dapat abang macam harimau...suka sangat buli aku..suka tengking aku...dia ingat aku kuli dia ke ape??"

   Zuliekha tertidur dalam keadaan pipinya masih basah kerana menangis seketika tadi.
...................................................................................................................................................................
    "Baba Zue pergi sekolah dulu ye?"Zuliekha bersalaman dengan baba begitu juga dengan Aku.

     "Baik laa Zue...Naim!Jaga adik kamu nanti"Pesan baba kepada aku.

      "Yela baba..pandai pandai laa Naim nak jaga budak tu"Jawab aku dengan nada endah tak endah.

        "Hati hati pergi sek ye nak"Kata baba sebelum aku dan Zuliekha mengayuh basikal ke sekolah.

      Tanpa diduga.....

     "Baba...tayarr basikal zue pancit laa boleh baba hantar zue tak?"Soal Zuliekha.

     "Maaflah..tak boleh..baba ada meeting..kamu naik sajalah abang Naim kamu tu"Bagai dipanah petir apabila mendengar jawapan ayah.

   "Tak nak baba..nanti abang Naim...."Aku memberikan jelingan tajam kepadanya tanda jangan bocorkan rahsia.

    "nanti abg naim??kenapa Zue?"Soal Baba

    "Tak de pape laa baba...oklah zue pergi dengan abg Naim dulu..taa baba"Zuliekha pun membonceng di belakang basikal aku.Setibannya di setengah jalan sebelum sampai ke sekolah...

     "Weih kau berat lah...penat aku nak kayuh"Kata Aku.

     "And Then?"Zuliekha membuat muka pelik.

      "Kau turun jap bagi aku rest eh?"Zuliekha pun akur lalu turun dari basikal aku.

        "Ehhh....dah ringan lah...Bye Bye!"Aku mengayuh laju meninggalkan Zuliekha di belakang.

      "A..abang!!!!!!!"Zuliekha menjerit bagai orang gila kerana ditinggalkan oleh abangnya.

      "Haiss...apelah nasib...dah lah lagi 20 minit loceng sek bunyi...sekarang je dah pukul.."Zuliekha melihat jam "Hah??!! 7:05??matilah matiiiiiiiiiiiii"Zuliekha berlari bagai ada anjing kejar di belakangnya..Nasib baik hari ni PJ Zuliekha memakai baju sukan hari ni.
...................................................................................................................................................................
       "Fuhhh..Fuhhh"Tercungap-cungap Zuliekha melangkah masuk ke pintu pagar sekolah.Zuliekha melihat jam.Jam menunjukkan pukul 7:15.Zuliekha melangkah pergi ke kantin untuk membeli sarapan kerana sudah berlari tadi banyak staminanya telah keluar sehingga dia menjadi lapar semula.

     Baru sahaja 2 tapak Zuliekha melangkah Aku sudah terpacak di hadapan Zuliekha.

    "Abang nak apa?Nak apa lagi?Tak puas lagi nak buli adik?Cukuplaa adik penat laa abg..dah laa abang tinggal adik tengah jalan"Kata Zuliekha dengan nada tak puas hati.

     "Ehhh...kau rasa aku kesah?Sekarang aku nak duit yang baba bagi kat kau tadi"Aku menghulurkan tangan tanda meminta duit.

     "Baba dah bagi abang duit kan tadi?Gunalah duit abg..ni duit adik.."Jawab Zuliekha dengan nada tidak puas hati.

      "Kau lupa semalam kau lambat 30saat buat air?Sebagai denda aku nak duit kau!"Aku meninggikan sedikit suara.Zuliekha membuat tidak endah lalu berjalan meninggalkan Aku.Aku menarik tangan Zuliekha dengan kasar.

       "Ape ni...sakitlaa abang...lepaslah!"Zuliekha meronta.Aku tanpa berfikir panjang menyelupkan tangan ke dalam poketnya untuk mengambil duit.

      "A..abangg...duit adik laa abanggg..."Zuliekha cuba mengambil kembali duitnya tetapi tidak dapat.

      "AAK??Ada Aku Kesah?"Aku terus meninggalkan dia di kantin.Zuliekha terpaksa memadamkan hasratnya yang ingin pergi membeli sarapan di kantin dan terus masuk ke dalam kelas.
...................................................................................................................................................................
    "Zue kau tak turun makan ke?"Soal Karisma.

      "Tak pelah..aku dah kenyang laa beb"Zuliekha memberikan senyuman hambar kepada Karisma.

       "Yeke?Ke kau ada masalah?Naim buli kau lagi eh?"Soal Karisma dengan nada tegas.

      "ehh...mane ade...dia baik jelah dengan aku..."Zuliekha menafikan.

       "Kau tu protect sangat abang kau...sedangkan dia layan kau...macam kuli dia!"Zuliekha hanya tunduk mendengar bebelan Karisma.

       "Kau nak pergi makan..pergilah..aku nak study"Zuliekha terus mengeluarkan buku lalu membuat ulangkaji.Karisma beredar kerana malas hendak melayan sikap Zuliekha yang selalu membiarkan dirinya menjadi kuli kepada aku.

     "Zuliekha kamu tak rehat ke?"Soal Cikgu Nabila.

       "Tak laa cikgu..saya tak lapar..."Jawab Zuliekha.Cikgu Nabila duduk di hadapan Zuliekha.

      "Jangan tipu..kamu tak de duit kan?Saya nampak Naim ambil duit kamu pagi tadi"Zuliekha terkejut mendengar apa yang cikgu cakap.

      "Hmmm...biar laa dia cikgu...lagi pun saya tak lapar"Jawab Zuliekha dengan sopan.Cikgu menghulurkan duit kepada Zuliekha.

      "Pergi beli makanan.."Kata Cikgu.

      "Tak nak cikgu...tak pe..nanti kalau Naim nampak habis saya cikgu.."Zuliekha menolak pelawaan cikgu dengan sopan.Cikgu mengeluh kasar apabila aku menolak pemberiannya.

      "Tak pelah Zue...saya doa agar Naim akan berubah nanti"Cikgu memberikan senyuman manis kepada Zuliekha.Zuliekha hanya menanggukkan kepala tanda faham dengan apa yang disampakan oleh cikgu.
...................................................................................................................................................................
      "Ok Kelas..Masa telah tamat..semua boleh pulang ke rumah"Zuliekha mula mendekati Aku yang duduk di belakang sekali.

       "Abang...adik nk tumpang abang balik...boleh lah bang"Zulieka cuba meraih simpati dari Aku.

     "Hais!!Menyusahkan orang tak habis lah budak ni.."Bentak Aku.

     "Naim..Zue...kenapa ni?"Soal Cikgu Hafiz.

      "Tak de papelah cikgu..biasalah adik beradik gaduh kan dik?"Aku meletakkan tangan di atas bahu Zuliekha.Aku mula berbisik kepada Zuliekha.

      "Kau jangan nak cuba raih simpati dengan cikgu pulak!aku boleh tumpangkan kau..tapi macam tadilah..aku tinggalkan kau tengah jalan boleh?"Terdapat gelak sinis di akhir bisikkan aku.Zuliekha hanya menangguk tanda faham.

    "Cikgu kami balik dululah cikgu.."Zuliekha memberikan senyuman manis kepada cikgu.

      "Nasib tak kantoi!kau bawa bala lah...asal semua cikgu prihatin sangat kat kau eh?ape yang ada kat perempuan nerd macam kau ni?"Sindir Aku.Zuliekha tidak menjawab.

       "Abang tolong laa kali ni hantar adik sampai rumah...adik lapar...tak larat nak jalan..panas pulak tu "Aku memberikan jelingan tajam kepada Zuliekha.

      "Jangan nak ngada-ngada laa..aku dah hantar sampai separuh jalan dah cukup baik dah..kang aku suruh kau jalan kaki terus kang!"Ugut aku.

      Zuliekha tidak menjawab dan terus membonceng basikal aku.
...................................................................................................................................................................
    Pangg!!!!!!!!!

     Kedengaran bunyi pasu terjatuh.

      "Naim!!Zuliekha!!Turun!!"Kedengaran suara baba menjerit memanggil kami.Aku dan Zuliekha berlari ke arah baba.

      "Sape yang pecahkan Pasu Arwah Mak ni?"Soal Baba.Kami berdua tidak menjawab.

         "Baba tanya sape!!"Zuliekha terkejut mendengar baba menengking sebegitu.

         "Baba..tadi Naim nampak Zue lalu situ pastu dia pergi tolak Pasu tu baba"Zuliekha terkejut mendengar penjelasan Aku.

         "Ya Allah tergamaknya abang menutup kesalahan sendiri dengan nama adik"Getus hati Zuliekha.

       "Zue!!Apa masalah kamu sampai pecahkan pasu Arwah Mak Kamu?"Soal Baba.

         "Baba...zue tak pecahkan pun pasu tu baba..."Jawab Zuliekha.

         "Tula ba..baba manjakan sangat Zue tu sampai dia naik lemak...cuba baba tegas sikit dengan dia baba...ni tak asyik Naim je salah.."Aku meluahkan perasaan kepada baba.

        "Baba..sumpah zue tak buat baba...abang Naim yang buat..zue nampak"Zuliekha cuba membela diri.

      "Ahhh...baba dah tak percaya apa zue ckp!Hais!!Geram pulak baba"Baba terus pergi mengambil rotan yang tergantung di sudut kiri pintu lalu memukul Zuliekha.

      "Baaa...sakit baba...!!"Jerit Zuliekha.

       "Zue fikir sakit Zue je??Habis sakit hati baba yang zue pecahkan pasu Arwah Mak kenapa"Baba semakin kuatkan sebatan kepada Zuliekha.Aku hanya tergelak melihat Zuliekha dipukul.

     "Sekarang kau rasakan sakit macam mana aku selalu kena pukul zue!"Getus hati aku.
...................................................................................................................................................................
      Aku membuka pintu bilik Zuliekha secara berhati-hati kerana takut Zuliekha tersedar.Tiba-tiba pula rasa kesian sebab Zuliekha kena pukul tadi.

     Aku Menyelimut Zuliekha.

     "Aku Minta Maaf"Perlahan Suara aku meminta maaf kepada Zuliekha.Aku ternampak bekas Zuliekha dipukul tadi.

     Ya Allah..sebab aku..Zuliekha kena pukul sampai macam ni..Aku tidak dapat menahan sebak lalu berlari ke bilik aku.
...................................................................................................................................................................
SEBULAN KEMUDIAN~~

   "Baba...Naim keluar dulu Baba"Aku terus melulu berlari melintasi jalan.Tiba-tiba ada kereta bergerak laju di hadapan aku.


    "Abang!!!!!!!!!"Zuliekha menolak aku ketepi jalan kemudian Zuliekha yang di langgar oleh kereta tersebut.

     "Zue!!"Aku pergi ke arah Zuliekha.Aku nampak darah sudah banyak mengalir di kepala Zuliekha.

    "Baba!!Cepatlah baba...adik accident baba!!"Aku menjerit sekuat hati aku.Ya Allah sayunya hati melihat Zuliekha sebegini.Aku terhutang nyawa pada dia.Aku agak panik melihat Zuliekha sebegini.

   Aku lihat baba sudah menahan sebak.Aku mendukung Zuliekha masuk kedalam kereta.

     "Dikkk...sabar dik...jangan tinggalkan kami dik...kejap je lagi nak sampai hospital dah dik"Ego aku hilang ketika itu.Aku menangis semahu-mahunya kerana aku tak mahu kehilangan adik.Cukup lah kehilangan Mak...Aku tak nak kehilangan Adik pula.
      
     Setibanya di hospital............

     Kami di minta menunggu di luar kerana kami tidak boleh masuk ke dalam.Aku tidak mampu menahan sebak.Dia sanggup korban nyawa demi selamatkan aku.

    Baba Mengusap lembut belakang aku.

     "Naim sabar eh?Zue kuat...baba tahu"Baba cuba menenangkan aku.Aku melemparkan senyuman kepadanya.

     "InsyaAllah baba..adik akan sedar semula"Jawabku.

     Tidak lama kemudian doktor keluar dari wad Zuliekha.

     "Doktor macam mana keadaan adik saya"

       "Haa ye doktor..macam mana keadaan anak saya"

      "Alhamdulilah...Zuliekha tak apa apa..cuma dia masih koma sahaja"Jawab Doktor Afif.

     "Koma??Adakah dia akan sedar dari koma doktor?"Aku mula risau kalau Zuliekha tidak sedakan diri.

     "InsyaAllah...banyak banyak doa kepada Allah supaya dia sedar semula"jawab Doktor Afif membetulkan stateskopnya.

     "Boleh kami masuk ke dalam doktor?"Soal Baba.Doktor Afif hanya menganggukkan kepalanya.

    Aku menarik nafas dahulu sebelum masuk ke dalam wad Zuliekha.Setelah rasa lega aku masuk ke dalam wad.Baba memberikan ruang untuk aku bersama Zuliekha dahulu.

   Setiap langkah aku hendak pergi ke katil Zuliekha membawa rasa penyesalan kerana selalu berlaku kasar terhadapnya.

   Aku duduk di kerusi yang di letak berdekatan dengan katil.Aku mengusap lembut tangan Zuliekha.Aku berbicara lembut supaya Zuliekha boleh mendengar kata-kata aku.

   "Adik...abang Naim kat sini...adik sedar lah dik...abang tak sanggup tengok adik macam ni dik...abang lemah dik tengok adik macam ni...adik..jangan tinggalkan abang dikkk...cukuplah mak tinggalkan kita berdua dik...abang tak sanggup kalau adik pulak tinggalkan abang..kalau adik sedar...i'm promise..abang akan mengaku adik as kembar abang"

    Aku tidak dapat menahan sebak..Air mata yang aku tahan akhirnya jatuh juga.Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku lagi..Aku mengusap lembut kepala Zuliekha sebelum aku meninggalkan wad tersebut.

   sempat juga sebelum aku keluar..aku toleh ke belakang untuk menatap kali terakhir wajah Zuliekha sebelum aku beredar keluar dari wad tersebut.
...................................................................................................................................................................
SEMINGGU BERLALU~~~

    "Baba dah seminggu dah tapi adik still tak sedar"Kata ku sambil merenung kepada Zuliekha yang masih terbaring di atas katil.

   "Sabarlah Naim...kita doa banyak banyak supaya adik sedar ok...doa itu senjata orang Islam Naim"Kata Baba yang membuatkan aku agak tenang.     

    Aku duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil sambil memegang tangan Zuliekha.

    "Haiss...adik..cepat laa sedar..abang rindu laa"Kata aku sambil mengusap lembut tangan Zuliekha.Baba Hanya memerhatikan aku dengan Zuliekha.

Tiba-Tiba......

    Zuliekha memegang tanganku kembali.

    "Baba!Zue dah sedar baa!dia pegang tangan Naim!"Kataku dengan girang.Bersyukur tidak terkata apabila Zuliekha sudah sedar.

     "Nurse!!Doktor!!"Baba jerit.

      "Kenapa ya?"Soal doktor Afif.

     "Anak saya dah sedar"Kata Baba.

     "Encik dan anak encik tolong keluar seketika kerana saya nak buat pemeriksaan kepada Zuliekha"Kata Doktor.Kami akur dan keluar meninggalkan wad tersebut.
..............................................................................................................................................................
25 MINIT KEMUDIAN~~

    "Baba..lamanya doktor check adik..."Aku sudah mulah resah.

     "Sabarlah Naim...kejap lagi doktor keluar"Baba cuba menenangkan aku.

       Kemudian...Pintu Wad Zuliekha terbuka.

      "Doktor macam mana adik saya doktor?"Aku mengajukan soalan kepada Doktor Afif.

       "Alhamdulilah...dia dah sedar...keadaannya stabil..cuma dia perlu rehat kerana masih lemah dan tidak boleh tertekan"Kata Doktor Afif.

     Aku berasa sangat bersyukur kerana Zuliekha selamat.Beribu kali mulut aku mengucap syukur.

     "Boleh kami masuk?"Soalku.
     
        "Boleh masuk laa"Kata doktor Afif.

       Aku membuka pintu wad tersebut dan berlari melulu ke arah Zuliekha.Aku tak dapat tahan rasa rindu lalu memeluk Zuliekha.Zuliekha agak terpinga-pinga kerana tidak pernah aku memeluknya.

     "Dikkk...abang minta maaf...abang terhutang nyawa sangat kat adik.."Aku melepaskan pelukan.Aku memegang tangan Zuliekha dengan kemas dan menatap tepat ke anak matanya.

     "Adik tahu sepanjang adik koma...abang rindu sangat kat adik...rasa menyesal pun ada..abang selongkar selongkar bilik adik...abang terjumpa dairi adik...abang baca setiap helaian dairi tu.Abang rasa menyesal sangat sebab tak pernah anggap yang adik ni kembar abang...abang menyesal sangat dik"Air mataku jatuh juga kerana memikirkan kesalahan aku.

    "Shuuu...dah dah jangan nagis"Zuliekha menyengka lembut air mata aku.

    "Adik sedar adik tak cantik..abang handsome sangat..sebab tu abang tak pernah anggap adik kembar abang..."Sempat Zuliekha memberikan senyuman kepada aku.

    "Tak...abang janji semua tu tak kan berlaku lagi dik..abang dah sedar...selama ni abang layan adik teruk sangat"Zuliekha meletakkan jarinya di bibir aku tanda tidak mahu mendengar apa apa lagi.

    "Dah...adik dah lama maafkan abang...adik tak pernah berdendam kat abang...kita tutup buku lama then buka buku baru ok"Zuliekha mengusap lembut belakang aku untuk menenangkan aku.

     "Btw..adikk suka bila abang panggil adik as adik...dan gelarkan diri abang as abang."Terdapat gelak riang dihujung ayat Zuliekha.Aku hanya tersenyum melihat Zuliekha begitu.

     "Jadi lepas ni abang dah tak buli adik dah kan?"Soal Zuliekha.

      "Ehhh sape kate??Buli tetap buli...siaplah adik bila adik dah sihat sepenuhnya"Aku memberikan senyuman sinis kepadanya.

        "Oh Men!!"Itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Zuliekha.

      "Wekkk!!Adikku Kuli Tetapku.!"Kami berdua hanya tergelak apabila aku berkata sedemikian.

      Kini aku telah sedar bahawa kehadiran insan yang bernama Zuliekha dalam kehidupan aku sebagai kembar aku amat bermakna.

     Dia merupakan seri aku..kawan aku..kawan gaduh...kawan buli...dan juga...hehe Kuli Aku!.

      Walau apa pun terjadi...ADIKKU KULI TETAPKU!.



                                             ~~~Tamat~~~

    
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Animated Dragonica Star Glove Pointer