counter

Sabtu, 25 April 2015

Cita-Cita

Cita-Citaku menjadi orang kaya
dulu ku susah
sekarang alhamdulilah..
Bersyukur pada yang Maha Kuasa
memberi jalan untukku semua

Lagu dengan gambar dari cerita Emergency Couple tu melambangkan apa yang saya nak tulis hari ini dalam blog..
Korang semua ada cita-cita kan??
Aku pun ada cita-cita aku sendiri..
Cita-cita aku kalau boleh nak jadi seorang penulis novel..
tapi tak nak sepenuh masa..
separuh masa sahaja..
selain tu cita-cita aku
Nak jadi personal Asisten kat sesuatu syarikat,Doktor,Kaungselor..
cita-cita aku tak tetap..
aku ada banyak cita-cita
kadang kadang aku sendiri tak tahu apa cita cita aku..
Pelik pelik..
bila tengok artis..aku rasa nak jadi pelakon..
bila baca novel..
aku rasa nak jadi PA sbb nanti PA biasanya akan kawin ngan boss dia(Nampak tak tahap berangan dia...tahap gaban kan???)
Tengok cerita emergency couple...
aku rasa nak jadi doktor..
tengok ayah aku amik jurusan
Psikologi..
rasa macam nak jadi kaungselor pulak..
aduhh...aku pun tak tahu apa cita cita aku sebenarnya?
Korang pun mesti pernah macam ni kan..
Tapi aku tengok cerita OH MY ENGLIS!
yang masa part cikgu dia suruh bagi tahu cita cita..
kan cita cita jibam tak tetapkan???
Tapi cikgu dia ckp..
ada banyak cita cita pun tak apa...
jadi bolehlah ada banyak cita cita...
tapi kerjaya kita pada masa hadapan???
kita tak tahuuuu...
Tungguuuuuuu jelah korang bekerja 
barulah korang tahu cita-cita korang tercapai ke tak
tapi korang kena usaha untuk capai cita-cita anda
jangan duduk senang lenang je...
ingat cita cita kau tu boleh datang macam tu je?
Dengan goyang kaki kau boleh capai cita cita??
No!NO!NO!!
ok lah sampai sini sahaja..
Taaa

#ZueTecik

Jumaat, 24 April 2015

My Crush

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush
pasti rahsia..
ingin ku ucapkan i love you kepadamu
tapi..
tak termampu


Haa...zue nak tanya ni..korang ada crush tak??
Mustahil lah tak de...mesti ada punya..
Crush korang mesti handsome kan?
Mesti comelkan??
Tapi...kadang-kadang 
Crush Kita Dah Jadi Milik Orang!!
Ataupun
Dia Dah Ada Makwe/Pakwe Lain!!
Chill Lex..Alah.. dia crush je pon..
Orang yang korang minat dalam diam!
Kita memang tak boleh elak perasaan suka tu
sebab itu memang lumrah manusia..
bila bila lagi 
sedang meningkat remaja ni..
perasaan suka dekat seseorang tu mesti ada..
Apa yang zue boleh cakap..
korang doa lah banyak banyak...
moga crush korang tu adalah
Jodoh korang yang betul..
Tapi korang kena ingat satu benda
JODOH,PERTEMUAN,AJAL,MAUT SEMUA DI TANGAN TUHAN..
SEMUANYA TELAH DITENTUKAN SEJAK AZALI LAGI..
JADI KORANG KENA REDHA
Ok Guyz??
Haa..That my friend..
oklah sampai sini sahaja
ASSALAMUALAIKUM..

#ZueTecik



Genap Sebulan :(

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Kau tabahkanlah hatiku..
semalam genap sebulan arwah abang angkat aku pergi meninggalkan aku..
sedihnya tak terkata..
aku rindu sangat dengan dia..
tapi nak buat macam mana Allah lagi sayangkan dia..
kalau boleh aku nak dia pergi lepas aku dapat jumpa dia depan depan...
aku kenal dia dari facebook...
aku pernah tengok muka dia..
aku tak puas dengan hanya melihat mukanya di gambar sahaja..
aku nak jumpa dia depan depan..
bila aku jumpa dia depan depan..
aku nak bergurau dengan dia..
berborak dengan dia..
sebab dia banyak menyelesaikan masalah aku..
dia banyak bagi nasihat yang berguna kat aku..
dia beri semangat kat aku kalau aku jatuh
walaupun kata semangatnya itu di selitkan dengan
perli dan sindiraan..
aku tak kisah..
dia boleh buat aku happy di saat aku menangis..
dia pandai menambat hati semua orang..
dia baik...
dia suka menyakat orang..
sesungguhnya aku rindukan sakatan dia dekat aku
yang paling aku tak boleh lupa sakataan dia kat aku ialah..
"KAU BUKAN PENDEK...TAPI BANTUT!HAHAHHA BANTUT!BANTUT"
"APA PUT3??GURUN KAT PAHANG?HAHAHAHHA*GELAK GULING GULING*"
dua ayat tu paling aku tak boleh lupa...
hmmm.. sampai sini je kali ini..
Apa nama abang angkat aku??
Biarlah Rahsia..

#AlFatihah
#ZueTecik



Selasa, 21 April 2015

Cikgu Ohh Cikgu!


Saya Mujibur dari Bangladash,
Hari itu abang beli karpet hutang bukan cash,
Kali ini saya datang mahu collet duit,
mana duit saya mana mana duit saya,
hey hey hey,
mana duit saya,
hey hey hey,
mana duit sayaaaaaaaa...

Cerita ni berlaku tadi dekat sekolah..masa kelas tambahan..aduhh bila ingat balik lawak dokk..gambar Mujibur di atas AKA Shahrol Shiro adalah simbolik sahaja dengan cerita saya kali ini...
macam ni ceritanya..masa tu cikgu tengah mengajar..sekali cikgu tengoklah seorang budak lelaki dlm kelas kita orang tu..
cikgu pun cakap"Awak ada tulis nama untuk gotong royong kan hari tu kenapa tak datang??saya buat kerja sorang sorang dah macam orang Bangladash dah"
pastu ada arr sorang budak perempuan ni dia menyampuk.. 
budak tu cakap "Sedar pun Bangla"
Cikgu jawab "Kalau Saya Bangla awak apa pulak"
Sekali satu kelas berderai lah gelak..
cikgu tu mengajar lagi..lepastu budak tu dan saya senyap jelah..
lepastu..saya start dengan budak perempuan tu..saya cakaplah dengan budak tu
"Bangla hahahahhahahahah"Lepastu boleh pulak cikgu terdengar.
"Bangla bangla tak habis habis"Cikgu jawab.
Saya pun jawablah "Cikgu bangla ehh??Mujibur cikguuu..tapi Mujibur lagi handsome dari cikgu"
Budak tu dah gelak dah.
Cikgu jawab "Mujibur..ohhh..Maharaja lawak mega tu ehhh"
Saya pun angguk lah..
Cikgu cakap "Sampai hati awak cakap saya bangla..isteri saya masa betulkan butang baju saya dia cakap..handsome abang hari ni...awak cakap saya bangla..sampai hati"
Sekali lagi berderai gelak lah satu kelas..cikgu tu pun tergelak..adessss..
Cikgu oh Cikgu!

#ZueTecik

Masa Untuk Lupakan Kau!


Kekasihku,
kini ku lebih bahgia.
tanpa dirimu di sisi.
menyakiti..meracuni,
hati ini.

Terima kasih sbb kau sakitkan hati aku!
Terima kasih sbb selingkuh dengan aku!
Terima kasih kerana membuat aku begini!
Terima kasih atas segalanya!
Kau memang seorang yang teruk pernah aku jumpa!!
Teruk teruk teruk sangat sangat!!!!!!!!!!!!!!
AKU BENCI KAU!!

Tapii..............................
kadang kadang aku rindukan kau...
tapi kau dah sakitkan hati aku..
terima kasih kerana sakitkan hati aku
walaupun dah berapa bulan kau tinggalkan aku
tapi rasa sakitnya masih ada
terima kasih sgt sgt !!!!!!!!

#ZueTecik



Ahad, 19 April 2015

Teringatkan Engkau

Maafkan diriku ini oh kasih,
Seandainya melukakan hatimu,
Janganlah dibenciku,
Ku hanya insan biasa yang keliru..
Jikalau ku dapat berterbangan tinggi,
Akan ku pergi ke hujung dunia ini..
Maafkan diriku..
Yang hidupku menumpangi..
Ku hanya ingin bahagiaaa..
Kembalilah padaku..
Ku rayu kepadamu....

Aku tak faham dengan diri aku..kenapa aku perlu stalk mereka balik??Lepastu bila mereka dah bahagia..aku rasa sakit..tersiksa..Aku tak faham..
Adakah kerana aku masih sayangkan mereka???
Yaaa mungkin jugak aku masih sayangkan mereka..
Tapi bila kau dah dapat sesuatu..kau tinggalkan macam tu jek??
Bagus zue..bagus..kau memang suka sakitkan hati orang..
lepastu bila kau dah lepaskan..kau pulak yang sakit!!
KAU SENGAL ZUE SBB TINGGALKAN ORANG YANG BETUL BETUL SAYANGKAN KAU!!!
Ye jujur...aku stalk mereka sbb aku sayangkan dia org..aku rindu dia orang..aku rindu nak bahagia dengan mereka macam dulu walaupun sementara....
Hmmm...Aku rindu korang...rindu saat bersama macam dulu..rindu sangat sangat..

#ZueTecik
#RinduSangatSangat


Sabtu, 18 April 2015

Rindunya Aku Dekat Kau!

Jauh terbawa lukisan hatimu,
Hilang mencari dimana kau pergi,
Tinggal aku menahan luka ini,
Sampai harusku pergi.
(Feeling jap dengan lagu Potret ni)


Haaa...heee maaflah Harini banyak sangat saya tulis kat blog..maklumlah..saya boleh buka setiap hujung minggu je..Ok abaikan statment pasal tulis banyak kat blog ni..

Haa!! Korang mesti pernah rasa rindu kat seseorangkan?Menipu kalau korang tak pernah rindukan seseorang..Saya pun pernah rindukan seseorang..

"SAKITNYA MERINDUI DALAM DIAM,
RINDU PADA DIA YANG TIDAK PERNAH MENGERTI"

"AKU PERNAH RASAKAN PERASAAN ITU
IT SO PAINFUL
RINDU KAT DIA
TAPI DIA BUAT TAK TAHU PULAK"

Haaa..ayat di atas saya amik dari novel Playboy Itu Suami Aku.Mendalam kan?
Hurmmm...Cakap pasal pernah rindukan seseorang..ye saya pernah rindukan seseorang..
Rindu pada dia yang sudah tiada..Dia sudah kembali ke RahmatuAllah..
Dia abang angkat saya..hmm..Kalau saya rindu dia..saya sedekahkan Al-Fatihah kepada dia..dengan cara tu je rasa rindu saya pada dia dapat terubat.

Ni saya nak bagi tips..kalau korang rasa rindukan seseorang..korang tutup mata korang..letak tangan kanan dekat dada korang..lepas tu baca AL-Fatihah..niatkan pada orang yang kita rindukan itu.
InsyaAllah dia juga akan rasa rindu pada kita :)

Rindu Pada Gadjet??
ohh itu saya tak boleh lah nak tolong..dulu saya pernah jugak macam ni..tapi sejak tahun ni..rindu pada Gadjet tak ketara sangatlah..sebab kekadang saya rasa bosan sbb tak de benda yang menarik pun..hehehehhe...tapi kalau dah rindu gila gila pada gadjet saya..huisss..memang bawa ke tidur lahh...sampai termimpi mimpi..peace hahahahha...

Tapi sebaiknyakan..
kita Rindulah pada Yang Menciptakan kita..
Kepada Nabi Muhammad..
Rindu kepada Al-Quran.
dan Rindu kepada mak dan ayah..

Rindu kepada mereka lagi membawa makna..membawa erti daripada korang rindukan pakwe korang...It's true ok..
oklah..sampai sini je ok..Assalamualaikum

#ZueTecik

Let It Go

Let it go,
let it go,
can't hold it back anymore 

Haaa hari ni saya nak tulis pasal let it go..
korang just tahu ni lagu dari cerita frozen je kan..
Bait kata lagu let it go ni boleh digunakan tauu..
Contohnyakannn..Korang CLASH DENGAN PAKWE KORANG
mesti korang frust menonggeng kan sampai nak terjun bunuh diri dari....katil tido Korang XD..ilekk kita just Keep Calm and Let It Go jee
cikk kumbang bukan seekor..banyak lagi lelaki kat luar tu lagi baik dari pakwe yg korang clash tu..bak kata abang saya kalau saya sedih ke apa "Dikk benda yg lepas biarkan lepas..just let it go je. jangan fikirkan sangat"
Haaaa ni Teman nak cakap ni..Kalau korang ada pape masalah just Let it goo..let it goooo jeee
biarkan sahaja ia berlaluuuuu ok?
good (Thumb up)

#ZueTecik

Sabtu, 11 April 2015

Intro

Assalamualaikum..haaa ini post pertama saya..
hehe...mesti ramai yang tak kenal saya..bukan ramai tak kenal..memang semua orang tak kenal sayalah..hehe...okok.. ^_^



                                                     banje satu gambar jekk!!
Haha..sebagai intro saya untuk hari ini..Nama saya..Ehem!!Leka dengar lagu erk??Dengarlah orang nak intro niii :/ hehehhe..okok saya teruskan..
Nama Puteri Zuliekha..Panggil Zue,Ika or Arissa.Mesti korang tertanya tanyakan "Tang manalah dapat nama Arissa tuk dik oitttt" hahahah..Nama Arissa tu saya jumpa dekat MR.Google..dia yang bagi saya nama tu XD...
  Umur saya ehh??hmmmm...Kena bagi tahu ke??alah..alah yelahhhh...umur saya 20 tahun :p.mesti korang terfikir lagi annn. "20tahun..ehh..macam tak logik je..dlm gambar nampak mcm..ehh..nipu arrr" kan kann??Baik Ngaku XD.
Umur saya 15 tahun lahhh...calon PT3 Tahun ni Meh!!.
   Single ke Taken o.O
oh my goshhh soalan niii...errrr...sayeeeeeee..Dah bertunang dahhhh...
Mesti terkejutkannn mesti korang akan ada soalan mcm ni "Dah tunang???baru 15  tahun dah tunang??eeee..gatal gila..miang gilaa".
Haii Cik kak..cepat betul buat ANDAIAN!!
saya Dah bertunang dengan MALAIKAT MAUT tinggal masa nak kawin je..(Semua orang memang dah tunang dengan MALAIKAT MAUT pun!)
hehehehehhe...ok lah..sampai sini sahaja yek pada kali ni..

#ZueTecik

Animated Dragonica Star Glove Pointer